Selasa, 28 Februari 2012

Sesuatu tidak terjadi dengan sendirinya.

  "Berjalan-jalan di pasar,saya bertembung dengan kumpulan besi-besi buruk,lalu besi tersebut bergerak perlahan-lahan,penuh kesenian membentuk komponen-komponen kereta...Saya bermonolog,'Ah,ini biasa,komponen-komponen ini akan bersatu membentuk sebuah kereta!!'.Jika anda bertemu dengan khabar seakan ini,adakah anda akan mempercayainya?!Sudah pasti tidak bukan...

  Kenapa akal manusia yang sihat tidak mempercayai khabar ini?Kerana sesuatu tidak terjadi dengan sendirinya!

  Begitu juga aplikasi konsep ini dengan semua perkara di alam ini.Tiada suatu makhluk pun yang terjadi dengan sendirinya,itu menentang SUNNATULLAH.

  Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kita dalam hidup ini.Dan perkara-perkara itu tidak akan terjadi sendiri,perlu ada usaha untuk menjadikannya realiti.

  Kita bertanya,"Kenapa masih banyak kemiskinan dan kebuluran di dunia ini?","Kenapa kezaliman dan penindasan masih berleluasa?","Kenapa Masjidil Aqsa masih lagi belum dibebaskan?",Kenapa Syria masih lagi dicengkam kezaliman Bashar Al-Assad(baca dengan Al-Kalb)?!".

  Jawapan kepada semua persoalan ini ada pada konsep yang saya nyatakan di atas,sesuatu tidak terjadi dengan sedirinya!Itu sudah menjadi Sunnatullah!Perlunya kepada tindakan yang tersusun dan tepat untuk menghasilkan sesuatu perkara,bukannya dengan termenung dan mengharap,"Oh,bilakah akan terjadi begitu dan begini...''.

  Akhir sekali,saya akhiri tulisan ini dengan sebuah video yang berkait dengan catatan ini.

Sesuatu itu tidak terjadi dengan sendirinya,saudara!


p/s:pesanan ini juga ditujukan untuk penulis bunmexico.blogspot.com :D

Khamis, 9 Februari 2012

Nah!!Apa lagi alasan mu....?

Kanak-kanak lagi,dibunuh,disembelih,dibuang....Allah....Allah...Apakah dosa mereka??Apa yang mereka lakukan kepada kerajaan kuku besi engkau?!Apa yang kanak-kanak perempuan sekecil 6 tahun,yang baru reti bermain anak patung,lakukan kepada kerajaan Syiah laknat engkau??Allah...


  Mungkin Allah mahu menunjukkan kepada kita rupa sebenar Syiah ini yang bertopengkan dengan Taqiyyah.Mahal sungguh harga yang perlu kita bayar atas kebodohan kita...

Bukti Iran menghantar senjata kepada kerajaan Syiah Syria!!


Ulama' pun memberikan sokongan kepada rakyat.

Ya Allah!Penderitaan yang di alami oleh saudara-saudara kami yang sedang ditindas,kami juga merasainya...Kami tidak pernah berputus asa dengan Engkau Ya Allah...Kami serahkan tengkuk musuh kami yang bernama Bashar Al-Asad kepada Engkau,Tuhan yang menguasai Arasy!!

Isnin, 6 Februari 2012

Ayuh hantarkan doamu!!


  Dulunya Muhammad Durrah,kini seorang lagi Muhammad menjadi korban manusia durjana...Lemah sungguh kita,tidak mampu menjaga seorang kanak-kanak kecil.Usah ditanya ingin menjaga sebuah peradaban.

  Kepada Muhammad,maafkan kami atas kelemahan kami.Jika ditanya kepada abang mu ini:"Atas sebab apa aku dibunuh?"Abang mu tiada jawapannya...Pada siapakah jawapannya?!!

In my dreams
Children sing
A song of love for every boy and girl
Sky is blue,and fields are green
And laughter is the language of the world

Then I wake and all I see
is a world full of people in need

Tell me why?
Does it have to be like this

Tell me why?
Is there something I have missed

Tell me why?
Cause I dont understand
When so many need somebody
We dont give a helping hand

Tell me why?

Every day,I ask myself
What will I have to do to be a man
Do I have,to stand and fight
To prove to everybody who I am

Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why?
Does it have to be like this

Tell me why?
Is there something I have missed

Tell me why?
Cause I dont understand

When so many need somebody
We dont give a helping hand

Just tell me why??



Ayuh,gunakan kuasa yang ada pada anda.Berdoalah untuk saudara-saudara mu yang berada dalam kesusahan.Hantarkan doamu dengan penuh pengharapan dan keikhlasan.Adakah Allah akan menolak doa hamba-Nya yang mendoakan keselamatan saudaranya dengan penuh pengharapan??

وروى الترمذي في جامعه من طريق الأعمش عن ذر بن عبدالله عن يسيع عن النعمان بن بشير - رضي الله عنه - عن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال : ( الدعاء هو العبادة) ثم قرأ : { وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ}  .قال الترمذي عقبه : هذا حديث حسن صحيح



Ayuh hantarkan doamu!!

Sabtu, 4 Februari 2012

Alangkah indahnya hidup ini...andai dapat...

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat
Ku tatap wajah mu
Kan pasti
Mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat
Ku kucup tangan mu
Moga mengalir
Keberkatan
Dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkah mu

Ya Rasulullah
Ya Habiballah

Tak pernah ku tatap wajah mu


Ya Rasulullah
Ya Habiballah

Kami rindu pada mu

Allahumma solli
Ala Muhammad
Ya Rabbi solli alaihi wassallim(2x)

Alangkah indahnya 
Hidup ini
Andai dapat
Ku dakap diri mu
Tiada kata yang dapat
Aku ucapkan
Hanya tuhan saja
Yang tahu

Ya Rasulullah
Ya Habiballah

Tak pernah
Ku tatap wajah mu

Ya Rasulullah 
Ya Habiballah

Kami rindu pada mu

Ku tahu cinta mu kepada ummat
Ummati...Ummati

Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami


  Ya Rasulullah...Kami rindu pada mu...Kami hilang pedoman...Hilang tempat bergantung...Tinggalkan Sunnah mu...Bergaduh sesama kami,atas nama mu...Allah...Allah...Maafkan kami Ya Rasulullah...

Rabu, 1 Februari 2012

Persoalan awal tentang kelebihan Rasulullah S.A.W(Bahagian 1).

(ِAn-Nisa':113)وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا 
Mafhumnya:[Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu,dan telah mengajarkan kepadamu apa 

yang belum kamu ketahui,dan adalah kurnia Allah sangat besar ke atasmu.](An-Nisa':113)

Ayat ini jelas menyatakan kelebihan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah SWT:  

 تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ
Mafhumnya:[Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain.Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (secara langsung dengan dia) dan sebahagiannya Allah meninggikannya (yakni nabi Muhammad S.A.W) beberapa darjat.](Al-Baqarah:253).

  Ayat ini menunjukkan gandaan kelebihan yang Allah SWT gandakan darjat Nabi kita dengan beberapa keistimewaan yang lain.


Antara ciri-ciri keistimewaan itu: 
1. Nabi S.A.W merupakan pemimpin bagi semua para nabi-nabi a.s.Sabda Baginda S.A.W :

 ( أنا سيد ولد آ دم ولا فخر)    

Maksudnya:"Saya penghulu bagi semua anak Adam.Ini bukan untuk membangga diri".(Memang itulah jawatan Baginda S.A.W).Hadis Abdullah Bin Salam,diriwayat oleh Ibnu Hibban dari jalur Abu Ya'la,sanadnya "Shahih".

  As-Sayyid (penghulu) adalah mereka yang bersifat dengan sifat ketinggian dan akhlak yang mulia.

  Ini suatu isyarat petanda bahawa Rasulullah S.A.W paling afdhal dari semua nabi di dunia dan akhirat.Di dunia,Baginda telah bersifat dengan akhlak yang sangat agung ,maka di akhirat Baginda paling afdhal kerana balasan pahala mengikut ketinggian akhlak dan sifat yang mulia.

  Apabila Allah SWT melebihkan Rasulullah S.A.W di dunia dengan keperibadian dan sifat yang terpuji,maka Allah melebihkannya di akhirat dengan martabat dan darjat yang tinggi.

  Maksud sabdanya: "Saya penghulu bagi semua anak Adam.Ini bukan untuk membangga diri".Adalah agar umatnya mengetahui kedudukannya di sisi Tuhannya Azza wa Jalla.

  Biasanya apabila seseorang menyebut tentang ketinggian kedudukan dirinya,adalah untuk berbangga-bangga,maka Rasulullah S.A.W telah menutup pintu sangkaan tersebut dengan menyebut: "Ini bukan untuk membangga-banggakan diri".


Dari Bun Mexico:Ini bukan asli dari saya,dicedok dari terjemahan kitab As-Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam yang bertajuk "Bidayah As-Suul fi Tafdhil Ar-Rasul SAW".