Rabu, 1 Februari 2012

Persoalan awal tentang kelebihan Rasulullah S.A.W(Bahagian 1).

(ِAn-Nisa':113)وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا 
Mafhumnya:[Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu,dan telah mengajarkan kepadamu apa 

yang belum kamu ketahui,dan adalah kurnia Allah sangat besar ke atasmu.](An-Nisa':113)

Ayat ini jelas menyatakan kelebihan Rasulullah S.A.W.

Firman Allah SWT:  

 تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِنْهُمْ مَنْ كَلَّمَ اللَّهُ وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ
Mafhumnya:[Rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagian (dari) mereka atas sebahagian yang lain.Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata (secara langsung dengan dia) dan sebahagiannya Allah meninggikannya (yakni nabi Muhammad S.A.W) beberapa darjat.](Al-Baqarah:253).

  Ayat ini menunjukkan gandaan kelebihan yang Allah SWT gandakan darjat Nabi kita dengan beberapa keistimewaan yang lain.


Antara ciri-ciri keistimewaan itu: 
1. Nabi S.A.W merupakan pemimpin bagi semua para nabi-nabi a.s.Sabda Baginda S.A.W :

 ( أنا سيد ولد آ دم ولا فخر)    

Maksudnya:"Saya penghulu bagi semua anak Adam.Ini bukan untuk membangga diri".(Memang itulah jawatan Baginda S.A.W).Hadis Abdullah Bin Salam,diriwayat oleh Ibnu Hibban dari jalur Abu Ya'la,sanadnya "Shahih".

  As-Sayyid (penghulu) adalah mereka yang bersifat dengan sifat ketinggian dan akhlak yang mulia.

  Ini suatu isyarat petanda bahawa Rasulullah S.A.W paling afdhal dari semua nabi di dunia dan akhirat.Di dunia,Baginda telah bersifat dengan akhlak yang sangat agung ,maka di akhirat Baginda paling afdhal kerana balasan pahala mengikut ketinggian akhlak dan sifat yang mulia.

  Apabila Allah SWT melebihkan Rasulullah S.A.W di dunia dengan keperibadian dan sifat yang terpuji,maka Allah melebihkannya di akhirat dengan martabat dan darjat yang tinggi.

  Maksud sabdanya: "Saya penghulu bagi semua anak Adam.Ini bukan untuk membangga diri".Adalah agar umatnya mengetahui kedudukannya di sisi Tuhannya Azza wa Jalla.

  Biasanya apabila seseorang menyebut tentang ketinggian kedudukan dirinya,adalah untuk berbangga-bangga,maka Rasulullah S.A.W telah menutup pintu sangkaan tersebut dengan menyebut: "Ini bukan untuk membangga-banggakan diri".


Dari Bun Mexico:Ini bukan asli dari saya,dicedok dari terjemahan kitab As-Sheikh Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam yang bertajuk "Bidayah As-Suul fi Tafdhil Ar-Rasul SAW".




Tiada ulasan:

Catat Ulasan