Selasa, 28 Februari 2012

Sesuatu tidak terjadi dengan sendirinya.

  "Berjalan-jalan di pasar,saya bertembung dengan kumpulan besi-besi buruk,lalu besi tersebut bergerak perlahan-lahan,penuh kesenian membentuk komponen-komponen kereta...Saya bermonolog,'Ah,ini biasa,komponen-komponen ini akan bersatu membentuk sebuah kereta!!'.Jika anda bertemu dengan khabar seakan ini,adakah anda akan mempercayainya?!Sudah pasti tidak bukan...

  Kenapa akal manusia yang sihat tidak mempercayai khabar ini?Kerana sesuatu tidak terjadi dengan sendirinya!

  Begitu juga aplikasi konsep ini dengan semua perkara di alam ini.Tiada suatu makhluk pun yang terjadi dengan sendirinya,itu menentang SUNNATULLAH.

  Terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan oleh kita dalam hidup ini.Dan perkara-perkara itu tidak akan terjadi sendiri,perlu ada usaha untuk menjadikannya realiti.

  Kita bertanya,"Kenapa masih banyak kemiskinan dan kebuluran di dunia ini?","Kenapa kezaliman dan penindasan masih berleluasa?","Kenapa Masjidil Aqsa masih lagi belum dibebaskan?",Kenapa Syria masih lagi dicengkam kezaliman Bashar Al-Assad(baca dengan Al-Kalb)?!".

  Jawapan kepada semua persoalan ini ada pada konsep yang saya nyatakan di atas,sesuatu tidak terjadi dengan sedirinya!Itu sudah menjadi Sunnatullah!Perlunya kepada tindakan yang tersusun dan tepat untuk menghasilkan sesuatu perkara,bukannya dengan termenung dan mengharap,"Oh,bilakah akan terjadi begitu dan begini...''.

  Akhir sekali,saya akhiri tulisan ini dengan sebuah video yang berkait dengan catatan ini.

Sesuatu itu tidak terjadi dengan sendirinya,saudara!


p/s:pesanan ini juga ditujukan untuk penulis bunmexico.blogspot.com :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan