Isnin, 11 November 2013

Ke mana perginya Izzah?


Ke mana perginya Izzah,
Dulu,pernah orang yang paling berilmu dikalangan penduduk eropah itu,
tunduk di hadapan ulama' kita.

Ke mana perginya Izzah,
Sehingga hampir tiada penuntut ilmu dikalangan kita yang bercita-cita mahu menjadi pakar,
dikala nenek moyang mereka,manusia berlutut mahu mengambil ilmu dari mereka.

Ke mana perginya Izzah,
Pabila terdengar nama-nama tentera Islam,
ketakutan menyelubungi hati-hati manusia,
belum lagi bunyi derapan kuda.
Apa agaknya yang terjadi jika itu yang didengar.

Ke mana perginya Izzah?!!
Sehingga kehormatan pada penguasa-penguasa kita tiada.
Pada bajukah?
Kalau begitu Umar bukan ahlinya.
Pada ketegasankah?
Uthman pula bukan ahlinya.

Jadi pada apa dan siapakah Izzah itu??

Pernah Umar berkata,Izzah kita itu pada apa dan siapa,tetapi kita lupa.

Kata Umar,"Kita kaum yang Allah muliakan kerana Islam,jika kita mencari kemuliaan selain Islam,Allah akan hinakan kita!"


Sabtu, 14 September 2013

Tanah Air

TANAH AIR
(menjelang kemerdekaan)

Engkau Tanah Air
pemilik perut yang berbudi
penampung hujan penyedut sinar mentari
lahirlah anakmu dari semaian petani

Engkau Ibu Murni
dengan jasa abadi
berdetik didenyut nafas kami
kerna kita satu sama dipunyai

Telah kau rasa
segala seperti kami
dalam ngeri perang dadamu dibongkar besi
di mana-mana wajahmu tak pernah mati

Tapi begitu
sejarah hidup zaman berzaman
pernah merangkul pahlawan kemerdekaan
mereka sujud dalam kaku
mohon perlindungan

Bukankah dengan
kasih dan harapan
kau tenggelamkan mereka dalam dakapan
di mana bunga ganti nisan bertaburan

Negara baru
di atas rongga jantungmu
akan tertegak bertapak dalam kebebasan
cinta antara kita wahyu dari Tuhan.

Tongkat Warrant
1956

Ahad, 18 Ogos 2013

Cahaya perak menyuluh darah syuhada'.


Cahaya perak menyuluh darah syuhada'.
Dalam gelap pekat malam,
itu tandanya fajar semakin menghampir.

Dalam celahan awan mendung,
akan muncul cahaya keperakan turun ke bumi.

Luruhnya daun-daun kering,
menandakan akan turun salju keputihan.

Sakitnya tulang belulang kesejukan,
bakal terubat dek keindahan bunga-bungaan.

Begitulah putaran alam,
patuh pada aturan tuhan.

Atas aliran darah syuhada' ini,
akan lahir pewaris pentauhid ilahi.

19/8/13

Ahad, 21 Julai 2013

The Great Karak 2


  Malah ketika sapaan terakhir saya kepada pak cik tersebut,dia hanya mengangguk sekadar lalu.Semoga Allah memberkati beliau,itulah kali terakhir saya dapat menaiki van dari Mu'tah ke Karak dengan tambang hanya 2 dinar.


  Setelah bersusah payah untuk sampai ke pejabat pos Karak kerana turun di tempat yang salah,akhirnya sampai juga di pejabat pos tersebut.Cuaca yang agak dingin tidak menginginkan saya untuk berlama-lama di kota ribuan tahun tersebut.


   Antara jam 2-5 petang,suasana di pekan Karak agak sesak sebenarnya.Suasana ketika itu dimeriahkan lagi dengan poster calon-calon yang bertanding untuk PRU Jordan yang ke berapa saya pun tidak pasti sebenarnya.Sepanjang jalan dari Mu'tah ke Karak dipenuhi poster-poster calon yang bertanding.


   Sejujurnya bagi saya sendiri,pemandangan sebegitu langsung tidak menghairankan saya.Situasi di Malaysia jauh lebih meriah,lebih menarik dan kadang-kadang menjengkelkan juga.Isu-isu untuk pilihanraya Jordan sebenarnya juga agak hambar,mungkin kerana kurangnya kepercayaan masyarakat kepada sistem sedia ada.Berlainan pula situasinya dengan Malaysia,isu-isu yang timbul sentiasa panas bak pisang goreng,malah terlalu panas sehingga ke tahap memalukan.


   Lupakan Malaysia,kembali ke kota Karak bersejarah ini.Sejujurnya,tanpa niat memburukkan Jordan,negara ini negara yang agak menyedihkan.Agama,sosial,ekonomi,malah politik mereka agak menyedihkan.Namun begitu masih tetap ada harapan bagi bumi Urdun ini.Ulama' dan para pencinta agama suci ini masih ramai di sini.Ini bumi para sahabat r.a dan anbiya' alaihumussalam.Masih ada politikus yang ikhlas mahu membawa islah kepada negara.Selagi ada iman,matahari belum terbit di barat,selagi itu ada harapan.


Ibrah dari perjalanan di dalam coaster.

  Menaiki coaster untuk jarak dekat,kadang-kadang memerlukan penumpang berdiri atau lebih teruk,duduk di tempat duduk yang akan membuatkan kita menghadap ke arah penumpang yang lain.Semua orang boleh melihat kita dan apa yang kita lakukan.Sungguh kekok,dan apa yang menjadikan ia lebih kekok adalah,saya terpaksa duduk di situ pada waktu itu.


  Berbetulan dengan kehangatan PRU se-Jordan ketika itu,tajuk yang dibahaskan oleh para pak cik di dalam coaster adalah mengenai calon yang mereka mahu pilih,pembawakan calon-calon,kabilah mana yang mereka bersama dengannya.Kedudukan mereka di kiri dan kanan saya.Sungguh bersemangat mereka berhujah sehingga sukar untuk saya fahami apa yang mereka katakan.Isu nasional hingga ke isu setempat tidak ditinggalkan.Malang-semalang-malangnya,dalam kehangatan perbincangan mereka itu,kehangatan air liur mereka juga singgah di muka saya sehingga muka yang dingin menjadi hangat,telinga yang putih menjadi merah.


  Kesimpulan yang dapat saya berikan berdasarkan kejadian hari tersebut,apabila mereka yang bukan ahli sesuatu perkara mengulas mengenai sesuatu,maka orang yang berada di luar perbincangan juga akan terkena mudharat.

Rindu nabi,ahlussunnah dan semua ummat Islam sepakat dengan rindu dan cinta kepada nabi.
  

Khamis, 16 Mei 2013

Guru,Selamat hari guru!

Dulu,ada sebuah lagu nasyid yang saya sangat minat lirik dan lagunya."Guruku" dari Shoutul Amal.Dalam lirik lagu tersebut,ada disebut bahawa guru ibarat lilin,sanggup membakar diri menerangi alam kegelapan.

Tapi saya katakan,guruku,janganlah engkau menjadi seperti lilin,membakar diri dan hilang.Jadilah seperti mentol,menyuluh alam,menerangi bilik ilmu,membuang gelap kejahilan.Jadilah seperti matahari,menerangi kegelapan malam menjadi siang,malah meminjamkan cahaya mu ketika malam kepada bulan,tidak pernah jemu menyinar.Saya ini hanya satu dari ribuan anak murid mu yang berpeluang mendapat curahan ilmu.Restuilah ilmu yang kau berikan sehingga ke akhir hayat.Guru mewarisi tugas agung ini dari guru agung,Muhammad s.a.w,semoga terus istiqamah dan syurga sebagai gantinya.

Guru,Selamat hari guru! :)

#Saya ini hanyalah kelkatu yang mencintai cahaya mentol dan bunga matahari yang mencintai cahaya matahari kerana tuhannya.





Rabu, 13 Mac 2013

Malas itu penting untuk inovasi??




Ryan membuatkan saya ketawa...

Ada juga benarnya apa yang dikatakan dalam video ini,sifat malas mendorong kita berinovasi??

Jumaat, 1 Februari 2013

The Great Karak.


    Rabu yang lepas,pulang dari peperiksaan terakhir bagi saya untuk semester ini,saya terus bergegas ke Karak untuk mengambil bungkusan yang di hantar ummi dari Malaysia.Bungkusan yang sudah sampai sejak tahun lepas(27 Disember).Cuaca dan peperiksaan menghalang saya untuk ke pekan Karak lebih awal.Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pekan Karak sejak pulang bercuti dari Malaysia.


   Pilihan pengangkutan awam yang ada dari pekan Mu'tah ke pekan Karak cuma ada tiga pilihan,coaster,van,atau teksi.Dan kerana waktu yang singkat untuk saya sampai ke pekan Karak,saya memilih untuk menaiki van.


   Sepanjang perjalanan,langsung tidak terdengar pak cik pemandu van berkata-kata ataupun mengeluarkan sebarang bunyi dari mulut beliau.Malah ketika berurusan untuk menentukan harga tambang pun beliau hanya sekadar menunjukkan dua jari,2JD.


    Pemandangan sepanjang perjalanan memang sangat indah.Negeri Karak ini negeri yang tandus.Sangat jarang untuk berjumpa pohon.Jadi pemandangan ketika musim panas,apa yang dapat dilihat adalah cuma dataran coklat.Tetapi pemandangan hari itu agak istimewa kerana di atas dataran coklat itu terdapat tompokan berwarna putih.Tompokan salji.


   Jordan baru beberapa hari dilanda salji.Dan waktu itu,salji mula mencair menjadi kristal ais.Ketika ais mencair seperti itu,sejuknya bukan main,menusuk ke tulang.Apa yang terpapar di mata saya ketika itu-dataran coklat dengan tompok putih-adalah seperti tompok di badan lembu New Zealand pada tin susu Fernleaf.Hampir tergelak sendirian saya dibuatnya.Kalau saya tergelak waktu itu,pasti pak cik pemandu akan berfikir,"Peliknya budak ni",sama seperti apa yang saya fikirkan kepada beliau kerana masih tidak bercakap sepatah perkataan pun.


   Sedang saya melayan pemandangan yang asing bagi seorang yang berasal dari khatulistiwa seperti saya,tiba-tiba melintas dua orang gadis di hadapan kami dengan lintasan yang bahaya.Van kami agak brek sedikit dan dalam situasi seperti itu,manusia biasa pasti akan menjerit,tetapi pak cik van tetap membisu infiniti perkataan dan hanya sekadar mengereyet.Saya sudah mendapat konklusi,sebenarnya pak cik van adalah seorang yang bisu.Segala-galanya jelas bagi saya,kenapa beliau tidak pernah bercakap,dan kenapa van tersebut ada bunyi 'beep' sepanjang masa,dan kenapa ada seperti stiker khas di dashboard van tersebut.Saya bertaubat atas segala salah sangka saya.


Akan bersambung dalam artikel yang seterusnya...
p/s:Minta maaf ayat poyo sikit,akibat menulis di pagi buta.

Jumaat, 18 Januari 2013

No Name.

Every now and then I see a part of you I've never seen
Birds can swim and fish can fly the road  is long I wonder why
One of these days you'll realise what you mean to me


Every now and then I see a part of you I've never seen


Every now and then I try to tell you just how I feel

Heavens talk the rain begins the sky turn black nobody wins
Well I try to talk but I cant 
my soul has turned to steel.

This happens every now and then when I try to tell you just how I feel.

So if you ever love somebody,
You gotta keep them close,
When you lose grip of their body...

You'll be falling...

Because I'm falling...

Deeper in love.