Isnin, 9 April 2012

Mencari yang hilang.

   (يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ (6
Wahai orang-orang yang beriman!Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan,yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu.(Al-Hujurat : 6)
  Banyak perkara boleh menjadi sebab kita dipandang tinggi oleh manusia.Yang baik memandang tinggi dengan perkara yang baik-baik.Jahat pula memandang kagum dengan kejahatan.Tapi boleh sahaja apa yang dipandang itu tidaklah seberapa...

  Begitu juga dengan diri kita,kita tahu kelemahan dan keaiban kita.Bila manusia memandang tinggi akan kita,terasa diri amat malu dan hina."Jika engkau tahu keaiban ku,nescaya engkau tidak mahu pun memandang bayang ku..."

  Bukanlah kita berkata begini kerana merendah diri,TIDAK!Kita bercakap atas dasar realiti.Merendah diri itu atas makna kita mengatakan kita lebih rendah dari diri kita yang sebenarnya,dari situlah datangnya istilah ''merendah diri''.Tapi apa yang berlaku,kita bercakap mengenai realiti diri,tidak layak dikagumi oleh insan lain,terutama mereka yang jauh lebih soleh dari kita,ampunkan daku Ya Allah...

  Maafkan juga diri ini,jika atas kelemahan diri ini menyusahkan dan menyakiti teman-teman.Hanya Allah yang boleh membalas kesabaran mu itu.

  Memang betul,kadang-kadang kesilapan kita hasil dari kesilapan orang lain juga.Tapi ia tetap ada 'kesilapan' kita.Kesilapan orang lain yang saya maksudkan ialah memberi pengharapan yang tinggi kemudian tidak membantu.Ditinggalkan sendirian.Bila kesilapan dilakukan,terus dipersalahkan.Semoga saya tidak tergolong dalam golongan yang sebegitu.

  Sebegitu juga dalam kepimpinan,kita telah memilih seorang pemimpin.Kemudian dia tidak seperti yang diharapkan,anda terus menyalahkan dia??Bukankah dulu anda juga yang memilih dia??Maka bantulah dia ketika sudah menjadi pemimpin.Kepimpinan itu amat perlukan kesabaran dari yang memimpin dan yang dipimpin.Pemimpin mesti amanah kerana yang dipimpin akan terus menagih hasil dari anda dan yang dipimpin mesti sabar kerana ingatlah pemimpin anda itu manusia bukannya malaikat atupun robot.

  Setiap orang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.Seseorang itu hebat pabila dia mampu menutup kelemahannya dengan kekuatan.Cuma malangnya apabila kita sendiri tidak mengenal kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Maka jadilah kita golongan yang dipandang sebelah mata oleh semua orang.Ada atau tiadanya kita di dunia ini tidak memberi kesan kepada mereka...

  Ummat Islam ada kekuatannya yang tersendiri yang telah hilang ditelan zaman.Tinggallah kini kelemahan-kelemahan yang memburukkan nama Islam itu sendiri.Dengan kekuatan itulah mereka pernah megah di mata dunia.Antara daripada kekuatan itu adalah cara pemikiran saintifik.Mereka mengkaji segenap ceruk bidang ilmu.Kajian mereka itulah yang sampai kepada kita hari ini.Kita pula mahu menghina mereka dengan mengikut semua yang datang secara membabi buta tanpa mengkaji??Satu penghinaan kepada para ilmuwan apabila kita menjadi manusia yang hanya tahu mengaji tapi tidak mengaji.Kalaulah ilmuwan silam hanya mengaji dan tidak mengkaji,kenapa Imamuna Imam As-Syafie mempunyai pendapat lama dan baru dalam mazhab beliau(qaul qadim dan qaul jadid)??

  Ilmuwan silam mengkaji Al-Quran dan Sunnah maka terhasillah khazanah ilmu Islam yang sampai dan mungkin tidak sampai pada kita hari ini.Mereka mempunyai pemikiran saintifik yang menjadikan mereka ummat yang menguasai ilmu sains.Mereka mempunyai sifat ingin tahu dan keinginan untuk mengkaji yang sangat tinggi.Itulah yang menjadikan mereka ummat yang kuat.Ke mana perginya kekuatan ini?

  Banyak lagi bukti kekuatan ummat Islam silam yang tidak dapat saya sertakan di sini tetapi bukan tujuan itu artikel ini saya tulis.Saya menulis kerana ingin mengajak semua untuk menanam kembali kekuatan ummat Islam silam ini dalam diri kita,iaitu,"Sifat ingin tahu dan mengkaji yang tinggi".

Anda rasa video ini yang berdurasi 2:52 mudah untuk dihasilkan??
Anda silap!
Bagaimana mereka melakukannya?
Dengan kekuatan 'kita' yang telah hilang dan diambil oleh mereka.