Ahad, 10 Jun 2012

Manusia berubah kan.

   Semua makhluk di dunia ini berubah.Muda menjadi tua,tua kemudian mati,mati menjadi tanah.Tanah air yang sudah 8 bulan lebih saya tidak jenguk dan hidu itu pun sudah pasti banyak perubahannya.Adik kecil tembam hidung penyek saya Si Zahrah itu pun sudah pasti banyak berubah,hehe...(Tiqah jangan terasa,hidung penyek juga).

   Saya berubah,anda berubah,kami berubah,kita berubah,manusia itu memang fitrahnya berubah.Malanglah bagi manusia yang takut berubah ke arah kebaikan kerana hakikatnya dia tetap akan berubah,tetapi ke arah keburukan.Malang sekali...

   Siapa yang masih ingat ketika kita masih bayi dahulu,saya yakin semua yang membaca tulisan ini pernah melalui zaman bayi,kecuali lah kalau bayi yang membaca tulisan ini,selamat datang saya ucapkan....??

    Err,saya dah mula merapu...

    Mula-mula bayi itu belajar meniarap,kemudian merangkak,berjalan,berlari,melompat dan seterusnya tahu menggunakan Facebook...astaghfirullah,genius sangat dah tu.


 Yerin membebel.

   Proses tumbesaran bayi adalah suatu kejadian yang ajaib.Mereka berubah begitu cepat.Sehingga kita merindui keadaan mereka yang hanya beberapa bulan yang lepas tetapi sudah jauh bezanya dengan sekarang.Seawal kejadian lagi kita sudah berubah,lantas apa alasan kita untuk tidak berubah kini??


   Apa alasan kita untuk tidak berubah ke arah kebaikan..?


   Kebanyakan mereka yang beralasan untuk tidak berubah adalah,takut.Takut akan perkara yang tidak pasti.Ataupun,maafkan saya menyebutnya,takut akan bayang-bayang sendiri.Takut jika berubah nanti,adakah akan berubah ke arah lebih baik atau sebaliknya.Takutkan perkara yang tidak pasti ini menjadi penyakit kepada kebanyakan dari kita,tidak mengapa,kita bincangkan tajuk ini kemudian.Mungkin sebab itu negara kita dikatakan negara demokrasi tetapi...

                                   
Yerin berubah. :D


  Yerin berubah mengapa kita tidak boleh...


  Ada satu kisah yang saya ingin kongsi,kisah seorang pemuda bernama Abdullah.Dia merupakan seorang yang bersemangat dalam melakukan aktiviti harian.Suatu hari,dia keluar untuk menunaikan solat Zuhur di masjid.Kecintaannya kepada agama yang membawa dia ke masjid.Dia berjalan secara pantas supaya segera sampai ke masjid sebelum iqamah dilaungkan.Sedang dalam perjalanan,dia ternampak seorang lelaki berunifom di atas pohon tamar,sedang bekerja.Abdullah terkejut dan berfikir,"Siapakah lelaki ini yang tidak menghiraukan waktu solat!Ianya seperti dia langsung tidak mendengar azan dan bersedia untuk iqamah yang akan dilaungkan sebentar sahaja lagi!".

   Dia menjerit kemarahan,"Turun dari situ dan solat!"

   Lelaki itu membalas dengan dingin,"Yelah,yelah..."

   Abdullah menjerit lagi,"Lekaslah dan solat,wahai keldai!"

   Lelaki tadi menjerit,"Kau memanggil aku keldai?!"Kemudian lelaki itu mengambil pelepah tamar dan turun dari pohon untuk memukul kepala Abdullah!Abdullah menyembunyikan wajahnya dengan serban supaya lelaki tersebut tidak mengecam wajah Abdullah dan terus masuk ke masjid.Lelaki tadi turun dari pohon tamar dalam keadaan marah,pulang ke rumahnya,solat dan berehat buat seketika.Dia kemudiannya pulang ke pohon tadi untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh.

   Tibalah waktu asar dan Abdullah pergi ke masjid semula.Dalam perjalanan,dia melalui pohon yang sama dan lelaki yang sama juga di atas pohon itu sedang berkerja.Dia mengambil keputusan untuk mengubah sepenuhnya cara menegur dan berkata,"Assalamu'alaikum!Awak sihat?"

    Lelaki tersebut menjawab,"Alhamdulillah,saya sihat!"

    Abdullah berkata lagi,"Berikan saya berita gembira.Bagaimanakah hasil tamar tahun ini?"

    Lelaki itu menjawab,"Alhamdulillah"

    Abdullah berkata,"Semoga Allah memberi engkau kejayaan dan rezeki,memudahkan hidup engkau,dan tidak mengeluarkan engkau dari ganjaran amalan engkau!"

    Lelaki tersebut merasa gembira dengan doa itu dan mengaminkannya.

    Abdullah seterusnya berkata,"Nampak kamu seperti begitu bersungguh dengan kerja sehingga tidak perasan dengan azan Asar.Azan sudah dilaungkan dan iqamah pula akan menjelma.Mungkin kamu patut turun,rehatkan diri sedikit dan bersedia untuk solat.Selepas solat kamu boleh menyambung semula kerja kamu.Semoga Allah mengekalkan kamu di dalam kesihatan."

   Lelaki tersebut berkata,"InshaAllah...InshaAllah..."dan turun dari pohon tersebut perlahan-lahan.

   Dia kemudiannya berpaling kepada Abdullah,bersalam mesra dengannya dan berkata,"Saya ingin berterima kasih kepada engkau kerana akhlak yang baik.Sedangkan yang bertemu dengan saya sewaktu zuhur tadi,saya berharap dapat berjumpa dia dan tunjukkan padanya siapa yang sebenarnya keldai!"


   Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini,bagaimana perubahan cara yang diambil Abdullah mengubah hasil.Skil kita berurusan dengan orang lain menentukan cara mereka berurusan dengan kita!



    Saya tahu dan faham,berubah itu tidak mudah dan kadang-kadang menakutkan.Tetapi,pejamkan mata,tepuk dada dan katakan,ini untuk kebaikan engkau dunia akhirat juga...

Manusia berubah kan.^_^