Selasa, 11 Disember 2012

Kalau ikut hati...

Kalau ikutkan hati...
Mahu saja aku menetap di Mekah,
Madinah pula sebagai rumah,
Hari-hari beroleh berkah.

Kalau ikutkan hati...
Mengembara mencari ilmu,
Makan minum dengan ilmu,
Sehingga mimpi pun ilmu.

Kalau ikutkan hati lagi...
Aku mahu menikmati bumi tuhan,
Tiap-tiap hari bersama keindahan,
Lupa semua kesusahan,
Oh Tuhan!

Kalau ikutkan hati...
Biarlah aku tidak bergantung kepada manusia,
Begitu juga tidak digantung aku kepada manusia,
Semoga semuanya tidak sia-sia.

Kalau ikutkan hati...
Aku lihat anak-anak Syam tersenyum ceria,
Kanak-kanak Al-Quds lompat suka ria,
Kita cuma bermain kayu ria,
Seperti aku,yang lebih beria-ria

Kalau ikutkan hati,
Kata mereka mati,
Nanti!
Hati-hati,
Itu pasti.

:)


Hati,,mati,nanti!Hati-hati itu pasti.
Di bilik lelaki buntu dan bungkam.

Selasa, 4 Disember 2012

Bangkit bila jatuh.

Bangkit dengan nama yang Maha Esa.


Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit

Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka

Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur

Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Sabit kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa

Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman

Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langkah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak

Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar

Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita

Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian

Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula

Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya

Isnin, 3 Disember 2012

Saya anak Melayu 1.

Melayu semakin layu,semakin sayu,
Apa yang di cari hanya wajah ayu,
Hidup ini bukan untuk menjadi kayu,
Ayuhlah bangkit wahai Melayu.

Ramai memperjuangkan bangsa,
Katanya mahu jadi perkasa,
Tetapi banyak membazir masa,
Lupa pada yang Maha Esa.

Bangsaku hilang akal,
Culas perah akal,
Buta melihat naqal,
Akhirnya menjadi nakal.

Di cari mulia dalam kelam,
Sampai mahu selam menyelam,
Kenapa perlu kelam-kelam,
Kemuliaan kita kerana Islam.

Sedihnya bangsa ini,
Ngaku pejuang begini,
Pegang keris sambil kata itu ini,
Hasilnya begini?!

Tahu saya muda mentah,
Dikata,"Apa yang engkau tahu entah",
Bukan semua perlu ditolak mentah.
 Cuma,diri takkan telan mentah-mentah!

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

:)

Nantikan 'Saya anak Melayu 2'.Mungkin akan keluar ketika Memanda Perdana Menteri mengumumkan tarikh pihanraya. :D