Isnin, 11 November 2013

Ke mana perginya Izzah?


Ke mana perginya Izzah,
Dulu,pernah orang yang paling berilmu dikalangan penduduk eropah itu,
tunduk di hadapan ulama' kita.

Ke mana perginya Izzah,
Sehingga hampir tiada penuntut ilmu dikalangan kita yang bercita-cita mahu menjadi pakar,
dikala nenek moyang mereka,manusia berlutut mahu mengambil ilmu dari mereka.

Ke mana perginya Izzah,
Pabila terdengar nama-nama tentera Islam,
ketakutan menyelubungi hati-hati manusia,
belum lagi bunyi derapan kuda.
Apa agaknya yang terjadi jika itu yang didengar.

Ke mana perginya Izzah?!!
Sehingga kehormatan pada penguasa-penguasa kita tiada.
Pada bajukah?
Kalau begitu Umar bukan ahlinya.
Pada ketegasankah?
Uthman pula bukan ahlinya.

Jadi pada apa dan siapakah Izzah itu??

Pernah Umar berkata,Izzah kita itu pada apa dan siapa,tetapi kita lupa.

Kata Umar,"Kita kaum yang Allah muliakan kerana Islam,jika kita mencari kemuliaan selain Islam,Allah akan hinakan kita!"