Rabu, 23 April 2014

Cinta dusta.


Begitu ramai manusia mengaku cinta,
tapi dusta.
Mahu beri madu katanya,
tetapi ternyata racun yang dibaja.

Lihat saja bumi Firaun dan Musa,
ternyata Sang Penjaga jua yang meratah darah manusia.
Bukankah mereka juga dahulu mengaku cinta,
pada nusa dan bangsa.

Lagi-lagi ku bertemu cinta dusta,
pada muda,tua,dan dewasa.
Katanya cinta,
kenapa ternyata yang diberi adalah nista?

Ramai orang mengaku pencinta,
tetapi dusta.
Aah,sampai bila,
Harus aku menyaksikannya?

Aku nampak cinta dusta,
hadapan ku semuanya dusta.
Tapi,
apa benar dalam diri ku selamat dari itu semua?

Wahai pemilik cinta,
pertemukan aku dengan cinta.
Atau,
pertemukan sahaja aku dengan engkau.
Sang Pemilik Cinta.







Khamis, 3 April 2014

Tanya aku pada kau.


Sering aku bertanya,apa tujuan kau.
Tujuan apa,tujuan hidup aku tegaskan.

Kau pula bertanya,kenapa aku yang ditanya.
Kata aku pula,apa tidak boleh kita berkongsi tujuan yang sama?

Kata kau lagi,apa sudah kau belek kata Allah dan kata RasulNya?
Ku katakan,yang mana?

Yah,jadi,apa selepas aku baca itu semua,kosong menjadi penuh,duka menjadi suka?
Ku mengharap jawapan jujur kau berbega.

Selamba kau kata,kalau sudah cinta,dua itu sahaja sudah mencukupi.

Apakah aku tidak mencintai Allah dan RasulNya?
Tanya ku sendiri.

Kau tidak menjawab.

Ku tanya lagi,kenapa membisu?

Kau terus berdiam diri.

Kerna hakikatnya,aku dan kau adalah sama.