Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua Sakit pada luka kan pulih semula Bangkit
Dengan nama yang Maha Esa Maafkan aku aku terlena Mata buka tapi aku leka Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur Siap rentak tempur Redah onak lumpur Maju tiada undur Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang Askar jati gerak senyap yang lain berkompang Berani segorombolan tak takut bila seorang Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit kau umpama cahaya Yang menyinari bumi Kau umpama Hang Jebat Yang melindungi hak dirinya Kau umpama senjata Yang melindungi tanah Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela Mana cucu Datuk Merah Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak Catur congak cukup sebelum langkah diorak Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba Yang akan datang menaruh pada yang semasa Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit Tak sujud pada sesiapa di bawah langit Tak mengalah walaupun betapa sakit Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian Kemudian
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit.. bangunlah semula Bangkit.. tawanlah semula Bangkit.. umpama cahaya
Ini kajian mengenai cinta dari sudut Islami dan
manusiawi,bukannya jiwangi dan fantasi.Jika anda mencari kisah-kisah
tersebut,sila berhenti dari membaca artikel ini. Bismillah.Saya mengambil tindakan yang agak 'berani mati' dengan menulis tajuk ini.Tapi saya menjadi 'berani mati' kerana ini perkara realiti,hakiki.Hadir dalam setiap makhluk yang bernafas.Setiap makhluk diberi hati,dan sepatutnya di dalam hati itu wujud cinta...
Izinkan saya menulis dengan mengurangkan ayat-ayat hukum samada dari Al-Quran ataupun As-Sunnah.Cuma sedikit dari sana akan saya datangkan nas yang mengajak kita berfikir.
Apalagi kalau bukan cinta yang mendorong keberanian itu datang.
Pernah anda terdengar kisah seorang lelaki tua menjaga isterinya yang uzur larat sedangkan dirinya juga tidak kurang uzurnya.Seorang ayah yang mati kerana peluru tidak bermata disebabkan melindungi anaknya dari regim pembunuh Zionis.Seorang penuntut ilmu yang mengembara dari negara ke negara ribuan batu dalam keadaan kenderaan yang wujud di zaman itu adalah unta dan kuda.Seorang pemimpin yang gemar keluar malam meninjau keadaan rakyatnya,akhirnya syahid ditikam rakyatnya sendiri ketika solat subuh.Semua kisah benar ini berlaku kepada insan hebat yang dalam hati mereka wujudnya cinta yang mendalam lantas menjadi sumber kekuatan yang tidak mempunyai dasar. Kita sememangnya memerlukan cinta.Tetapi kerana perspektif dan propaganda sesetengah pihak,cinta disalah ertikan.Jika anda disuruh melompat dari satu bangunan ke bangunan tanpa sebab yang khusus,adakah sanggup?Tetapi jika anda perlu lompat kerana mahu menyelamatkan ahli keluarga yang terperangkap,adakah situasinya sama? Hati. Bab kaya jiwa. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda : "Kaya itu bukan kerana banyak harta melainkan kaya (yang sebenarnya) ialah kaya hati (cukup apa yang ada).Hadis riwayat Muslim.Baik atau jahatnya seseorang insan ditentukan oleh hatinya.Manakala cinta pula menentukan kuat atau lemahnya sesuatu nilai di dalam hati manusia.Saya hadirkan contoh,seseorang yang hatinya baik tetapi lemah cintanya kepada kebaikan pasti tidak kuat dalam melakukan kebaikan.Berbeza dengan mereka yang kuat cintanya kepada kebaikan.Sifir yang sama juga kepada sisi kejahatan.Cinta itu hakikatnya menguatkan sesuatu.Tetapi kenapa ramai dari kita yang menjadi lemah kerana cinta?? Bagi saya,boleh dipertikaikan sesuatu 'cinta',jika ianya hanya melemahkan pemilik cinta tersebut.Kerana memang telah hadir depan mata saya sendiri,bukti-bukti yang menunjukkan cinta itu menguatkan. Orang yang kaya jiwa dan hatinya adalah mereka yang dipenuhi cinta dan membenarkan cinta.Sudah tentunya,cinta yang paling agung adalah cinta kepada yang Esa.Tanpa cinta kepada yang Esa,semua cinta menjadi sia-sia setelah sampai hari yang mana semua makhluk hancur kecuali Dia yang Maha Kekal. Pembuktian Cinta. Antara mereka yang telah berjaya membuktikan cintanya adalah Ibrahim a.s dan anaknya Ismail a.s.Saban tahun ketika 'Aidiladha kita mendengar kisah mereka.Kisah mereka diabadikan dan masih berkumandang walaupun ribuan tahun masa berlalu. Mereka adalah contoh manifestasi cinta tertinggi. Melafazkan kesaksian Laa Ilaaha Illallah bererti meletakkan Allah sebagai keutamaan tertinggi kehidupan. Di dalam bahasa cinta, ia disebut sebagai KHALIL dan KHULLAH. Kedudukan istimewa berkaitan hubungan Ibrahim dengan Allah, demikian juga Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Ibrahim sangat mencintai anakandanya.Mendalam.Tulus.Tetapi Allah lebih dicintai oleh Khalilullah ini,mengatasi segala-galanya di dunia. Ibrahim tekad melaksanakan perintah Allah membuktikan Ibrahim telah dan terus mencintai Allah, mengatasi segala-galanya, hatta Ismail, si anak, buah hati pengarang jiwa. Dan kejernihan serta ketulenan cinta Ibrahim kepada ALLAH itulah, yang menjadikan kasih Ibrahim kepada Ismail agung sebagai kasih seorang bapa kepada anak yang diabadikan dalam ibadah korban. Korban tidak susah jika wujud cinta.Korban sering menjadi tanda cinta.Mereka yang tidak mahu berkorban kerana cinta,ada nifaq pada pengsaksian cintanya. Berat sungguh rasanya untuk saya menulis mengenai mereka yang bersaksi cintakan Allah,tapi langsung tidak mahu berkorban. Berat juga rasanya untuk mengatakan mengenai mereka yang mencanang cinta kepada Muhammad s.a.w ke seluruh alam tetapi merekalah pemain utama dalam percubaan memadamkan sunnah baginda. Oh!Sedihnya dengan kemunafikan atas nama cinta. Biarlah mereka berbicara atas nama 'cinta' itu di hadapan Maha Esa nanti.
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Al-A'raf : 40.
Penawar atau racun? Sebenarnya cinta itu penawar atau racun?Kerana semua yang saya nyatakan kisahnya sebelum ini menunjukkan cinta itu penawar,berbeza dengan apa yang dialami dan dirasai masyarakat sekarang.Adakah kisah-kisah itu dari alam yang lain,datang dari buku kisah dongeng... Penawar atau racun sesebuah cinta,bergantung kepada pencinta dan apa yang dicintai.Seorang ahli maksiat mencintai maksiat,akan bersama dengan ahli maksiat ketika kehidupan sekali lagi nanti.Cuma malangnya,mereka tidak lagi bercinta di akhirat kelak.
The intimate friends on that Day Will be hostile Unto one another save the God-fearing.(Az-Zukhruf:67)
Kesan cinta. Cinta mampu menjadikan perspektif menjadi sempit.Cinta sering mengelabui mata manusia.Semua yang dinampaknya adalah cinta hatinya.Cinta juga mampu membuat manusia kecewa seribu rasa.Mampu mengubah cuka menjadi madu.Pasir menjadi gula.Malam menjadi mimpi.Ada yang gembira sehingga ke langit kerana cinta.Juga sedih hingga ke hulu kerana kecewa. Tidakkah kita melihat,cinta adalah tanda kekuasaan tuhan di dunia ini? Sering kali cinta menjadikan pencinta itu ajaib di mata-mata manusia. Ada penawar,ada juga racun!
Tidak terkata saya dengan cinta sahabat kepada baginda s.a.w.
Di mata saya,zaman ketika manifestasi cinta teragung adalah zaman nubuwwah terakhir.Mereka tidak omong kosong mengenai cinta,tetapi memimpin dunia melalui cinta.Sudahkah anda mencintai mereka?
Suburkan Cinta.
Yang menentukan penawar atau racunnya sesebuah cinta,adalah diri kita sendiri.Cinta hadir dari Allah kepada hati manusia.Boleh jadi ianya anugerah,ataupun ujian.Mungkin juga kedua-duanya.Jika anugerah,bersyukurlah.Jika ujian,bersabarlah.Natijah syukur atau sabar itulah yang menentukan samada ianya Penawar ataupun Racun.
Semua makhluk di dunia ini berubah.Muda menjadi tua,tua kemudian mati,mati menjadi tanah.Tanah air yang sudah 8 bulan lebih saya tidak jenguk dan hidu itu pun sudah pasti banyak perubahannya.Adik kecil tembam hidung penyek saya Si Zahrah itu pun sudah pasti banyak berubah,hehe...(Tiqah jangan terasa,hidung penyek juga).
Saya berubah,anda berubah,kami berubah,kita berubah,manusia itu memang fitrahnya berubah.Malanglah bagi manusia yang takut berubah ke arah kebaikan kerana hakikatnya dia tetap akan berubah,tetapi ke arah keburukan.Malang sekali...
Siapa yang masih ingat ketika kita masih bayi dahulu,saya yakin semua yang membaca tulisan ini pernah melalui zaman bayi,kecuali lah kalau bayi yang membaca tulisan ini,selamat datang saya ucapkan....??
Err,saya dah mula merapu...
Mula-mula bayi itu belajar meniarap,kemudian merangkak,berjalan,berlari,melompat dan seterusnya tahu menggunakan Facebook...astaghfirullah,genius sangat dah tu.
Yerin membebel.
Proses tumbesaran bayi adalah suatu kejadian yang ajaib.Mereka berubah begitu cepat.Sehingga kita merindui keadaan mereka yang hanya beberapa bulan yang lepas tetapi sudah jauh bezanya dengan sekarang.Seawal kejadian lagi kita sudah berubah,lantas apa alasan kita untuk tidak berubah kini??
Apa alasan kita untuk tidak berubah ke arah kebaikan..?
Kebanyakan mereka yang beralasan untuk tidak berubah adalah,takut.Takut akan perkara yang tidak pasti.Ataupun,maafkan saya menyebutnya,takut akan bayang-bayang sendiri.Takut jika berubah nanti,adakah akan berubah ke arah lebih baik atau sebaliknya.Takutkan perkara yang tidak pasti ini menjadi penyakit kepada kebanyakan dari kita,tidak mengapa,kita bincangkan tajuk ini kemudian.Mungkin sebab itu negara kita dikatakan negara demokrasi tetapi...
Yerin berubah. :D
Yerin berubah mengapa kita tidak boleh...
Ada satu kisah yang saya ingin kongsi,kisah seorang pemuda bernama Abdullah.Dia merupakan seorang yang bersemangat dalam melakukan aktiviti harian.Suatu hari,dia keluar untuk menunaikan solat Zuhur di masjid.Kecintaannya kepada agama yang membawa dia ke masjid.Dia berjalan secara pantas supaya segera sampai ke masjid sebelum iqamah dilaungkan.Sedang dalam perjalanan,dia ternampak seorang lelaki berunifom di atas pohon tamar,sedang bekerja.Abdullah terkejut dan berfikir,"Siapakah lelaki ini yang tidak menghiraukan waktu solat!Ianya seperti dia langsung tidak mendengar azan dan bersedia untuk iqamah yang akan dilaungkan sebentar sahaja lagi!".
Dia menjerit kemarahan,"Turun dari situ dan solat!"
Lelaki itu membalas dengan dingin,"Yelah,yelah..."
Abdullah menjerit lagi,"Lekaslah dan solat,wahai keldai!"
Lelaki tadi menjerit,"Kau memanggil aku keldai?!"Kemudian lelaki itu mengambil pelepah tamar dan turun dari pohon untuk memukul kepala Abdullah!Abdullah menyembunyikan wajahnya dengan serban supaya lelaki tersebut tidak mengecam wajah Abdullah dan terus masuk ke masjid.Lelaki tadi turun dari pohon tamar dalam keadaan marah,pulang ke rumahnya,solat dan berehat buat seketika.Dia kemudiannya pulang ke pohon tadi untuk menyelesaikan kerja yang tertangguh.
Tibalah waktu asar dan Abdullah pergi ke masjid semula.Dalam perjalanan,dia melalui pohon yang sama dan lelaki yang sama juga di atas pohon itu sedang berkerja.Dia mengambil keputusan untuk mengubah sepenuhnya cara menegur dan berkata,"Assalamu'alaikum!Awak sihat?"
Lelaki tersebut menjawab,"Alhamdulillah,saya sihat!"
Abdullah berkata lagi,"Berikan saya berita gembira.Bagaimanakah hasil tamar tahun ini?"
Lelaki itu menjawab,"Alhamdulillah"
Abdullah berkata,"Semoga Allah memberi engkau kejayaan dan rezeki,memudahkan hidup engkau,dan tidak mengeluarkan engkau dari ganjaran amalan engkau!"
Lelaki tersebut merasa gembira dengan doa itu dan mengaminkannya.
Abdullah seterusnya berkata,"Nampak kamu seperti begitu bersungguh dengan kerja sehingga tidak perasan dengan azan Asar.Azan sudah dilaungkan dan iqamah pula akan menjelma.Mungkin kamu patut turun,rehatkan diri sedikit dan bersedia untuk solat.Selepas solat kamu boleh menyambung semula kerja kamu.Semoga Allah mengekalkan kamu di dalam kesihatan."
Lelaki tersebut berkata,"InshaAllah...InshaAllah..."dan turun dari pohon tersebut perlahan-lahan.
Dia kemudiannya berpaling kepada Abdullah,bersalam mesra dengannya dan berkata,"Saya ingin berterima kasih kepada engkau kerana akhlak yang baik.Sedangkan yang bertemu dengan saya sewaktu zuhur tadi,saya berharap dapat berjumpa dia dan tunjukkan padanya siapa yang sebenarnya keldai!"
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini,bagaimana perubahan cara yang diambil Abdullah mengubah hasil.Skil kita berurusan dengan orang lain menentukan cara mereka berurusan dengan kita!
Saya tahu dan faham,berubah itu tidak mudah dan kadang-kadang menakutkan.Tetapi,pejamkan mata,tepuk dada dan katakan,ini untuk kebaikan engkau dunia akhirat juga...